Wednesday, November 24, 2010

Empat Isteriku~

  
        Ada seorang llaki yang sangat kaya, dan dia mempunyai 4 org isteri,, hari bertukar hari, dan dia semakin tua dan pada suatu hari, tiba-tiba dia dijemput Malaikat Maut,,

        Sebelum dia menghembuskan nafasnya yg terakhir, dia memanggil semua isterinya kepadanya,, dia ingin menatap wajah-wajah isterinya sebelum dia meninggal dunia,,

        Maka dipanggilnya isteri keempat, isterinya yang paling muda,, Dia bertanya, " selepas aku mati, apakah kau akan menemaniku?" maka isteri keempatnya menjawab, "tidak sama sekali, kerana aku akan menjadi milik orang lain, dan aku akan meninggalkan kau keseorangan". Lelaki tersebut berasa sedih.

        Kemudian dipanggilnya isteri ketiga, lalu ditanyakan soalan yang sama. Lalu isterinya menjawab, " aku hanya akan menemanimu sampai ke kubur, tetapi aku tidak akan mengikutimu untuk pergi ke alam  akhirat. Tetapi aku akan sentiasa mendoakanmu. " Sekali lagi llaki itu berasa sedih.

        Lalu dipanggilnya isteri kedua, nampak sihat dan cantik. Lalu ditanyakan soalan yang sama. Dan isterinya menjawab, " Aku akan menemanimu di dalam kubur, tapi bukan di alam akhirat, kerana di sana hanya kau yang akan diadili." Sedikit sebanyak hatinya terubat, tetapi dia masih berasa sedih. Siapa yang akan menemaninya ke alam akhirat nanti.

        Lalu dipanggilnya isteri pertama, sangat kurus dan tua, kelihatan sangat lemah. Lalu ditanyakan soalan yang sama. Isterinya itu menjawab, " Aku akan mengikutimu kemana sahaja engkau pergi, walaupun ke alam akhirat, dan aku akan sentiasa setia dengan kau," Lalu si suami berkata, " Jika aku tahu engkau seorang yang setia, mesti aku akan menjaga kau dengan lebih baik. Aku juga akan biarkan ko sihat dan kau akan dapat semua keperluan kau."

        Apakah makna isteri2 tersebut?
--Isteri keempat melambangkan harta dan kemewahan, dan ia tidak akan mengikuti kita kerana harta tersebut akan jadi milik orang lain..
--Isteri ketiga melambangkan kaum kerabat kita. Mereka hanya akan mengikuti jenazah kita ke kubur, tetapi bukan ke alam akhirat. Mereka juga akan mendoakan kita tapi itu sahaja yang mereka boleh lakukan.
--Isteri kedua melambangkan tubuh badan kita. Tubuh kita akan menemani kita(roh) tetapi di alam akhirat, hanya kita sahaja yang akan menghadapinya.
--Isteri pertama melambangkan pahala dan perbuatan baik yang kita lakukan. Ia memang kelihatan kurus, sama dengan pahala kita yang memang tidak cukup untuk masuk ke syurga. Cukupkah pahala kita untuk menghadapi alam akhirat?
--Dan yang terakhir? Lelaki tersebut( si suami) adalah roh kita. Di sana, kita akan keseorangan tanpa sesiapa kecuali pahala kita.

      Kesimpulannya, perbanyakkan amalan sebagai persediaan menghadapi alam akhirat. Kita tidak pernah tahu sebanyak mana pahala kita untuk menghadapi hari akhirat.
                                                                                                              
" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"
                                                                                            

No comments:

Post a Comment